Followers

2011/02/14

SALAM MAULIDUR RASUL

Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia

Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.

Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”

Adam berkata:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.

Allah berfirman:
“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau. Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu.

Fakta menarik:

  • Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad.
  • Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).

No comments:

Post a Comment