Followers

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

2011/07/31

Esplanade | Penantian Ramadhan


2009/12/23

CUTI-CUTI AKHIR TAHUN (23DIS-4JAN2010)





Sekarang sedang bercuti (habiskan cuti 6 hari, 5 carry foward, 5 bwak GCR) Esok 24Dis planning balik kampung aku kat Kota Bharu. Rehatkan badan lepas setahun kerja dengan Gov dan 3 semester dengan OUM! Bayangkan kertas akhir OUM pada 21Dis09 baru dapat cuti itupun 23Dis09 kena paksa kerja.......apa le.....susah sangat nak cuti...Jadi posting seterusnya akan dibuat di kampung (Kg Baung, Pengkalan Chepa & Kg. Periuk, Tumpat) aku akan masuk kerja pada 4Jan2010 (Hepi New Year).


p/s -pic atas masa aku boring cuti kat Mjg. Lagipun tgh cuba mesra-mesra dgn Lampu Denyar (bak kata Sifo Alan)

2009/12/22

HariQ2009IkmL




HariQikmlbagitahun2009telahdiadakanpada22122009

2009/12/12

Membuat Dry Box Sendiri

Mengapa kita perlu berbelanja beratus ringgit untuk membeli dry box untuk menjaga kamera kita? Dry Box gunanya utk mencegah lembapan masuk ke lengkapan photografi dan mengelakkan berlakunya kulat dalam alatan kita. Aku berikan cara jimat untuk membuat dry box sendiri. Caranya:
  1. Pegi Tesco @ Giant @ Econsave atau mana-mana kedai yang menjual barangan plastik.
  2. Cari kotak/ bekas plastik yang saiznya muat untuk barangan photografi anda. Pastikan bekas tu kedap udara supaya lembapan tak boleh masuk.
  3. Pilih warna yang sesuai.... pink kalau anda berjiwa romantik!
  4. Pergi bahagian dapur/ kelengkapan rumah.
  5. Cari 'Thirsty Hyppo' jgn pulak Blue Hyppo! parah!!- aku rasa korang tau ape bendanye tu.(pencegah kulat/ lembapan cam dalam TV tu!)
  6. Bayar (kalau x bayar nanti guard bangla tangkap!) dan balik rumah.
  7. Sumbat lengkapan photografi dalam tu bersama 'Thirsty Hyppo' sambil baca bismillah.
  8. Selesai- Kos: Bekas Plastik RM20- Thirsty Hyppo Rm7= RM27 aje....

Dry Box ni berharga Rm400!




p/s Tq Mr Kamal 4 d info.

2009/10/06

Speedtrap: Lumut-Ipoh

1. Sebelum Klinik Kesihatan Setiawan (KM1) Bawah pokok besar seberang jalan ada Kelapa Sawit
2. Sebelum Ayer Tawar (Dlm bustop) speedlimit 60 tapi jalan macam highway...
3. Sebelum Rotisegar (Dlm Tugu / Signboard Batu) dt simpang 3
4. Sebelum naik bukit pertama belah kanan lepas simpang Bote..
5. Speeedtrap statik Sblm Kuari sblm simpang Falim.

semu ini berdasarkan pengalaman aku selama tiga tahun berulang-alik Ipoh ke OUM setiap selang seminggu.... Doakan aku dapat habiskan 3 sem yang last ni..amin

Next-G Nissan R36 GTR



Cun melecun kete ni....nanti aku kaye aku beli 2 bijik, 1 aku wat p keje n 1 lagi wife aku wat antar anak skolah...heheheheh..Kuar tahun 2013 jd sempat aku kumpul duit......
This comes as quite a surprise to me but it looks like the GT-R will receive a typical Japanese lifecycle of 5 years, to mirror Porsche’s lifecycle for the 911. Nissan’s global product planning VP has unveiled that an “R36″ Nissan GT-R will be coming by 2013.
The next generation R36 Nissan GT-R will use an evolution of the current Premium Midship platform with the engine mounted up front and a transaxle twin clutch gearbox mounted at the rear. The engine is expected to remain a force inducted V6 engine.

Sumber:paultan.org

2009/06/23

B.U.D.U!


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat Budu:
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Aku bangga jadi anak Kelantan... Aku suka Budu Chap Ketereh..



sumber: www.wikipedia.com

2009/05/28

S.e.r.u.n.d.i.n.g.


Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.



sumber: wikipedia.org