Followers
2009/12/31
Terkenang.......Dolu- dolu....
Antara game yang aku selalu main masa kecik2... tapi pic yang last tu....heheheheh...selingan je...
2009/12/30
CANDID FOTO CONTEST
Contest blog link:http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/candid-photo-contest.html
Ni first time aku masuk contest, Tema: candid picture.
Entahle cuba nasib..
Buat sesiapa saja dijemput masuk........
2009/12/27
2009/12/26
2009/12/25
2009/12/23
CUTI-CUTI AKHIR TAHUN (23DIS-4JAN2010)
Sekarang sedang bercuti (habiskan cuti 6 hari, 5 carry foward, 5 bwak GCR) Esok 24Dis planning balik kampung aku kat Kota Bharu. Rehatkan badan lepas setahun kerja dengan Gov dan 3 semester dengan OUM! Bayangkan kertas akhir OUM pada 21Dis09 baru dapat cuti itupun 23Dis09 kena paksa kerja.......apa le.....susah sangat nak cuti...Jadi posting seterusnya akan dibuat di kampung (Kg Baung, Pengkalan Chepa & Kg. Periuk, Tumpat) aku akan masuk kerja pada 4Jan2010 (Hepi New Year).
p/s -pic atas masa aku boring cuti kat Mjg. Lagipun tgh cuba mesra-mesra dgn Lampu Denyar (bak kata Sifo Alan)
2009/12/22
2009/12/18
2009/12/15
Pantai Remis-Teluk Senangin-Damar Laut
2009/12/12
Membuat Dry Box Sendiri
Mengapa kita perlu berbelanja beratus ringgit untuk membeli dry box untuk menjaga kamera kita? Dry Box gunanya utk mencegah lembapan masuk ke lengkapan photografi dan mengelakkan berlakunya kulat dalam alatan kita. Aku berikan cara jimat untuk membuat dry box sendiri. Caranya:
- Pegi Tesco @ Giant @ Econsave atau mana-mana kedai yang menjual barangan plastik.
- Cari kotak/ bekas plastik yang saiznya muat untuk barangan photografi anda. Pastikan bekas tu kedap udara supaya lembapan tak boleh masuk.
- Pilih warna yang sesuai.... pink kalau anda berjiwa romantik!
- Pergi bahagian dapur/ kelengkapan rumah.
- Cari 'Thirsty Hyppo' jgn pulak Blue Hyppo! parah!!- aku rasa korang tau ape bendanye tu.(pencegah kulat/ lembapan cam dalam TV tu!)
- Bayar (kalau x bayar nanti guard bangla tangkap!) dan balik rumah.
- Sumbat lengkapan photografi dalam tu bersama 'Thirsty Hyppo' sambil baca bismillah.
- Selesai- Kos: Bekas Plastik RM20- Thirsty Hyppo Rm7= RM27 aje....
Dry Box ni berharga Rm400!
p/s Tq Mr Kamal 4 d info.
2009/12/10
Sketch Up Pro 7
Salah satu hasil kerja kursus
Aku berkursus sketch up di Intekma Resort Sec. 2 Shah Alam dari 7-11 Disember 2009. Banyak yang aku pelajari dari kursus ini... Sebelum ini aku pernah gunakannya tapi dengan cara yang tersendiri sahaja( ikut suke) tapi rupanya sketch up ni banyak fungsinya dan amat mudah dan banyak membantu terutama dengan menggunakan software Artlantis sebagai render software..... tq En Kamarul (Sifoo) yang mengajar kami.
p/s-
-Tq En Zaki IKMAS yang bawa aku jalan2 ngan kereta dia...
- Buat saudara Alan harap bersabar.... dugaan semata2.....
2009/12/04
BANJIRO...BANJIRO...BANJIRO.......
Banjiro.... kampung kita sudah naik ayer ee...oooo....ayer ee ooo... pada 4-12-09 first time taman aku kena banjir kilat.... Masa tu hujan lebat.... jam 11.30mlm ....sambil aku mimpi aku dgr suara orang bagi salam...... laaa ghopenye betul.. neighbour aku panggil....air dah takat buku lali kawasan dalam pagar rumah....Alhamdulliah 15min kemudian hujan berenti.... aku telah mengalami satu kerugian iaitu penutup tong sampah telah hanyut dibawa arus....
2009/12/03
Mari belajar Bahasa Kelantan
Kelantan Bahasa Malaysia
Ma ke’ -Makan
Ike’ -Ikan
Kelik -Balik
Gapo? -Apa?
Gapo gak -Apa dia
Samas -50 sen
Tiga amas -Rm1.50
Ike’ keronge’ -Ikan Cencaru
Gi Tem-bok -Pergi ke jalan besar
Tebo’lah -Gelojoh
Koya -Khayal
Semetar - Sebentar
Gedebe -Gangster
Katok -Pukul
Ka’ tok - Katak
Senok -Senak
Jo’lo -Ya la tu
Nate -Binatang
nanti akan ditambah kemudian......
Ma ke’ -Makan
Ike’ -Ikan
Kelik -Balik
Gapo? -Apa?
Gapo gak -Apa dia
Samas -50 sen
Tiga amas -Rm1.50
Ike’ keronge’ -Ikan Cencaru
Gi Tem-bok -Pergi ke jalan besar
Tebo’lah -Gelojoh
Koya -Khayal
Semetar - Sebentar
Gedebe -Gangster
Katok -Pukul
Ka’ tok - Katak
Senok -Senak
Jo’lo -Ya la tu
Nate -Binatang
nanti akan ditambah kemudian......
2009/11/27
HDR | Part Deux
Kali ni aku post hasil kerja HDR setelah belajar sikit.. Mungkin ada komen2 dari kawan2 dan dari situ dapat memantapkan lagi skill aku
Ni sempena Raya Aidiladha 1430H aku x kemana2 jadi adalah sedikit masa untuk sedikit posting
walaupun broadband lembab mcm siput.....Harap ada komen
p/s: tq Burt D60 n Alanamir
Subscribe to:
Posts (Atom)