Followers

2009/12/31

Terkenang.......Dolu- dolu....

Antara game yang aku selalu main masa kecik2... tapi pic yang last tu....heheheheh...selingan je...

2009/12/30

CANDID FOTO CONTEST


Ni first time aku masuk contest, Tema: candid picture.
Entahle cuba nasib..

Picture title: The Crying Ultraman
Buat sesiapa saja dijemput masuk........

2009/12/27

Tumpat: 27Dis09

Biarlah gambar yang bercherita

2009/12/23

CUTI-CUTI AKHIR TAHUN (23DIS-4JAN2010)





Sekarang sedang bercuti (habiskan cuti 6 hari, 5 carry foward, 5 bwak GCR) Esok 24Dis planning balik kampung aku kat Kota Bharu. Rehatkan badan lepas setahun kerja dengan Gov dan 3 semester dengan OUM! Bayangkan kertas akhir OUM pada 21Dis09 baru dapat cuti itupun 23Dis09 kena paksa kerja.......apa le.....susah sangat nak cuti...Jadi posting seterusnya akan dibuat di kampung (Kg Baung, Pengkalan Chepa & Kg. Periuk, Tumpat) aku akan masuk kerja pada 4Jan2010 (Hepi New Year).


p/s -pic atas masa aku boring cuti kat Mjg. Lagipun tgh cuba mesra-mesra dgn Lampu Denyar (bak kata Sifo Alan)

2009/12/15

Pantai Remis-Teluk Senangin-Damar Laut


Family aku p kenduri kat Pantai Remis pada 13Dis09. Kenduri abang nye studen aku Fazrul.. on d way balik sempat singgah kat Teluk Senangin dan Damar Laut (Jetty ke Lumut)...

2009/12/12

Resepsi: Razman n Azreen




Majlis pada 6Dis2009 di Lekir. Ucapan aku semoga kedua2 pengantin bahagia ke anak cucu dan cepat dapat baby.. tq Razman & Azreen


p/s tq sifooo

Membuat Dry Box Sendiri

Mengapa kita perlu berbelanja beratus ringgit untuk membeli dry box untuk menjaga kamera kita? Dry Box gunanya utk mencegah lembapan masuk ke lengkapan photografi dan mengelakkan berlakunya kulat dalam alatan kita. Aku berikan cara jimat untuk membuat dry box sendiri. Caranya:
  1. Pegi Tesco @ Giant @ Econsave atau mana-mana kedai yang menjual barangan plastik.
  2. Cari kotak/ bekas plastik yang saiznya muat untuk barangan photografi anda. Pastikan bekas tu kedap udara supaya lembapan tak boleh masuk.
  3. Pilih warna yang sesuai.... pink kalau anda berjiwa romantik!
  4. Pergi bahagian dapur/ kelengkapan rumah.
  5. Cari 'Thirsty Hyppo' jgn pulak Blue Hyppo! parah!!- aku rasa korang tau ape bendanye tu.(pencegah kulat/ lembapan cam dalam TV tu!)
  6. Bayar (kalau x bayar nanti guard bangla tangkap!) dan balik rumah.
  7. Sumbat lengkapan photografi dalam tu bersama 'Thirsty Hyppo' sambil baca bismillah.
  8. Selesai- Kos: Bekas Plastik RM20- Thirsty Hyppo Rm7= RM27 aje....

Dry Box ni berharga Rm400!




p/s Tq Mr Kamal 4 d info.

2009/12/10

Sketch Up Pro 7



Salah satu hasil kerja kursus
Aku berkursus sketch up di Intekma Resort Sec. 2 Shah Alam dari 7-11 Disember 2009. Banyak yang aku pelajari dari kursus ini... Sebelum ini aku pernah gunakannya tapi dengan cara yang tersendiri sahaja( ikut suke) tapi rupanya sketch up ni banyak fungsinya dan amat mudah dan banyak membantu terutama dengan menggunakan software Artlantis sebagai render software..... tq En Kamarul (Sifoo) yang mengajar kami.

p/s-
-Tq En Zaki IKMAS yang bawa aku jalan2 ngan kereta dia...
- Buat saudara Alan harap bersabar.... dugaan semata2.....

2009/12/04

BANJIRO...BANJIRO...BANJIRO.......




Banjiro.... kampung kita sudah naik ayer ee...oooo....ayer ee ooo... pada 4-12-09 first time taman aku kena banjir kilat.... Masa tu hujan lebat.... jam 11.30mlm ....sambil aku mimpi aku dgr suara orang bagi salam...... laaa ghopenye betul.. neighbour aku panggil....air dah takat buku lali kawasan dalam pagar rumah....Alhamdulliah 15min kemudian hujan berenti.... aku telah mengalami satu kerugian iaitu penutup tong sampah telah hanyut dibawa arus....

2009/12/03

Mari belajar Bahasa Kelantan

Kelantan Bahasa Malaysia

Ma ke’ -Makan

Ike’ -Ikan

Kelik -Balik

Gapo? -Apa?

Gapo gak -Apa dia

Samas -50 sen

Tiga amas -Rm1.50

Ike’ keronge’ -Ikan Cencaru

Gi Tem-bok -Pergi ke jalan besar

Tebo’lah -Gelojoh

Koya -Khayal

Semetar - Sebentar

Gedebe -Gangster

Katok -Pukul

Ka’ tok - Katak

Senok -Senak

Jo’lo -Ya la tu

Nate -Binatang

nanti akan ditambah kemudian......