Followers

2009/06/25

T.E.R.M.E.N.U.N.G

Termenung...........mengenang hari mendatang atau mengenangkan stok susu kat rumah dah habis.....

Anak aku yang 3 tahun dah pandai posing.........pantang nanpak lenses pasti nak melintas depan lense dan posing.......

pelakon: Nur Sabrina sebagai Sabrina
Adam Harris sebagai Adam

2009/06/24

Hepi Pahter's Tay


ni anak aku standard 1 yg buat..Terharu aku...


nota kaki: Nur Sabrina 7 tahun Sekolah Kebangsaan Seri Manjung

BECHA OH BECHA...




Beca @ Teksi (org Kelantan panggil) @ Trishaw (Inggeris) adalah pengakutan yang popular pada masa dahulu. Digunakan untuk mangangkut penumpang dan barangan bagi jarak yang dekat @ jauh. Berbanding dengan beca di Melaka (untuk pelancong) beca di Kelantan & Terengganu masih digunakan untuk pengakutan.

Aku masih teringat Arwah ayah aku bawa balik kerusi kayu (3 +1+1+1) yang ada bantal macam tauhu tu... tu guna beca aje.......(suprise utk mak aku) dan kerusi tu masih ada hingga sekarang....(hebatnya parabot dulu).

Aku harap beca akan diupgrade supaya mengikut peredaran masa.....macam beca kat Moscow dan Germany

Nota kaki: teringat Lagu Abang Becha...

2009/06/23

B.U.D.U!


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat Budu:
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Aku bangga jadi anak Kelantan... Aku suka Budu Chap Ketereh..



sumber: www.wikipedia.com

2009/06/22

KL lagi......8 bulan lg p

Sebenarnya aku baru balik dari KL ni.....(18 &19/6)ada le bau KL melekat kt aku.... chakap pon macam org KL... Aku p KL kerna ada appoinment kat Hospital Selayang........ biasa le tiap 8 bulan kena p sana... sebanarnya aku tau Dr kat sana suka tengok aku... tu diorang selalu suruh aku p sana kerap.....(ye kot) alhamdulilah segalanya beres tiada masalah...


First time anak aku yg kecik 3 tahun naik train Komuter (Kepong Central - Bank Negara) aku singgah Sogo (kopak... kena beli kasut bini 2 pasang) nk cover yg aku beli "jajan" kt Pertama Cmplx (Selangor Photographer..TQ Alan 4 d info)

Lepas tu aku p jumpa abang aku yg baru balik dr NZ die pon baru bid Canon 350d (siap batt. grip, bag n macam2 lg..murah jee..) die belanje Nasi Arab ferghhh sedap... n that night aku tido Hotel Puchongrnia(McD View)..tq abang ku... anyway Minyak Attar aku bg wangi x? hheee...

nota:
jajan(berdasarkan karangan diatas)- sape tau angkat tangan!

50mm f1.8 testing






ni beberapa shot yang aku try dengan lenses 50mm f1.8 aku baru beli.....nk beli 85mm mahai....best gak pakai 50mm ni cuma x leh zoom.....tapi die nye result wow.... cantik...

2009/06/15

Karnival Belia Perak: Seri Manjung




Karnival Belia Nagari Perak di adakan di Stadium Seri Manjung pada 7-6-09 berbagai acara diadakan termasuklah Pertandingan Kompang, Autoshow, Drift (Steady Toyota DX), Pameran dan lain-lain acara yang menarik.
Aku sempat p sekejap kerana pada malam tu aku terpaksa bertolak ke Bandar Penawar, Desaru, Johor untuk sukan MARA ke 6.. aku wakil memanah... sorry x de pic sukan (x bawak camera aku) nanti kalau dpt pic dri member akan aku masukkan..

Kg. Kepayang Vs Kubang Pasu: Arti Chenta





Majlis sebelah pompuan di Kg Kepayang, Ipoh) pd 30-5-2009.dan sebelah lelaki(Kubang Pasu, Kota Bharu) pada 6-6-2009. Ramai sedara mara yang hadir....